Hi everyone, cherish every moment and don't forget to follow my blog, i will follow back ^^

Thursday 10 August 2017

Tips hilangkan jerawat(tradisional)

Hello.. Salam kasih sayang.
Baiklah harini sis nak berikan tips tradisional untuk mencegah jerawat berleluasa di muka anda..
Boleh dicuba sebab bahannya sangat senang diperolehi dan stepnya sangat mudah diikuti😊😊

1.Garam
Cara ini mudah saja. Ambil secubit garam, masukkan ke dalam bekas kecil(apa2 jenis saja) and then tuangkan air suam2 ke dalam bekas itu. Kacau dan gunakan tuala bersih untuk lapkan di bahagian muka yang mula dah naik jerawat. Lakukan pada waktu malam dan biarkan ia kering semalaman, keesokkan pagi baru bilas dan anda akan merasakan jerawat tersebut mula mengecut.

2.Lidah buaya
Sebolehnya ambil yang bersih bahagian kulitnya. Potong untuk mengeluarkan lendirnya. Lendir tersebut yang diambil itu diletakkan di muka anda. Amalkan selepas mandi pagi dan malam. Jerawat akan berkurangan dan anda juga akan merasakan kulit muka anda lebih tegang dan sihat.

3.Kurangkan makanan berminyak
Sis bukan suruh tak payah ambil cuma kurangkan. Anda akan dapat melihat hasil yang membuat anda untuk menjaga permakanan kerana kulit anda akan menampakkan kesan positif. Cuba tauu. Hihii

4.Minum air banyak
Minum sekurang-kurangnya 8gelas sehari. Air membantu membersihkan sisa toksik dalam badan melalui sistem perkumuhan. Oleh itu air sangat penting dalam kehidupan kita tau. Anda nak kulit sihat, dalaman badan juga perlu sihat bak kata 'cantik dalam, cantik semuanya'..

Baiklah sis akhiri entri kali ini dengan satu kata-kata untuk ingatan bersama iaitu kecantikan luaran tidak menjanjikan kehidupan yang bahagia tapi jika sudah cantik luar dalaman pun cantik itulah yang membuatkan kita yakin dan percaya bahawa diri kita semuanya cantik. God bless usπŸ˜‡πŸ™πŸ™ bye

No comments:

Post a Comment